Artikel

99 Speedmart Kini Buka Cawangan Pertama Di China

99 Speedmart kini mengesahkan makluman berhubung tindakan perluasan jenama tersebut di pasaran antarabangsa. Buat pengetahuan umum, kini 99 Speedmart miliki cawangan pertama di China iaitu di Fuzhou, Wilayah Fujian pada 31 Ogos lalu.

Perluasan jenama ini disahkan 99 SpeedMart pada makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Namun cawangan antarabangsa ini dijelaskan akan menjadi penanda aras kepada perluasan selanjutnya. Ini kerana pihak 99 Speedmart akui risiko persaingan yang lebih tinggi berupaya berlaku pada pasaran China, yang sekaligus menuntut kumpulan untuk lebih berwaspada pada keputusan meluaskan cawangan di China.

Biarpun tiada sebarang sasaran ditetapkan ketika ini, kumpulan optimis langkah perluasan itu akan membantu untuk operasi pada jangka masa panjang kelak.