Artikel

Soft Space, Versa Antara Firma Malaysia Tersenarai Pada Forbes Asia ‘100 To Watch’ 2025

Kini dua nama firma teknologi kewangan (fintech) Malaysia telah berjaya menempa kedudukan pada senarai tahunan Forbes Asia 100 to Watch 2025 iaitu Soft Space dan Versa. Melalui pengiktirafan ini sekaligus meletakkan kedudukan mereka kalangan syarikat pemula yang miliki potensi tinggi pada rantau Asia Pasifik.

Senarai ini untuk makluman antara medium yang memaparkan potensi pertumbuhan syarikat semasa dalam menjadi pemain utama pada industri masing-masing. Melalui penyenaraian ini ia sekaligus meningkatkan sentimen keyakinan pelaburan dalam pasaran semasa.

Berdasarkan senarai itu, Versa menyediakan peranan pengurusan kekayaan digital dengan membantu pengguna melaraskan aliran pelaburan mereka pada pasaran semasa. Di mana membolehkan pengguna menjejaki simpanan mereka dan mengatur perancangan untuk tindakan persaraan kelak. Menerusi khidmat itu, Versa mahu menjadikan tindakan pelaburan lebih mudah diakses oleh semua lapisan pengguna tanpa mengira latarbelakang mereka.

Sementara Soft Space pula menjadi antara pemain penyelesaian pembayaran nirtunai dan dompet digital di pasaran negara. Bersama pengenalan produk SoftPOS, para peniaga dapat meraih pembayaran kad secara terus melalui telefon pintar tanpa perlukan peralatan sokongan terminal point of sale (POS) secara fizikal. Usaha ini memberi penjimatan kos khususnya kepada perniagaan kecil dan menyokong penerapan nirtunai lebih meluas di pasaran antarabangsa.

Berdasarkan data menyeluruh, India terus mengungguli senarai dengan 18 firma, diikuti Jepun (14 firma), Singapura (14 firma), China (9 firma), Korea Selatan (8 firma), Indonesia (8 firma), Australia (7 firma) dan Hong Kong (4 firma).