Walaupun pasaran global berdepan kerugiaan kesan tekanan perdagangan dan cabaran kenaikan kos secara berkala – Maybank dilihat terus memaparkan prestasi operasi yang baik apabila keuntungan bersih untuk 6 bulan pertama 2025 ini merekodkan RM5.22 bilion. Iaitu meningkat 4% secara tahunan, berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Lonjakan ini disokong hasil prestasi dagangan dan pelaburan yang stabil diikuti pendapatan kumpulan juga naik 3.2% kepada RM15.40 bilion. Berdasarkan momentum ini, sebagai perincian prestasi suku kedua merekodkan perolehan untung bersih sebanyak RM2.63 bilion dengan peningkatan 3.9% secara tahunan.
Dengan pencapaian itu, Maybank kekal optimis mengekalkan kedudukannya selaku institusi kewangan yang kukuh di rantau ini dengan mempelbagaikan lagi penerokaan pada pelaburan baharu, penyertaan kerjsama perdagangan serta meluaskan akses kewangan bersama rakan ASEAN.