BNMBank Negara Malaysia (BNM) hari ini telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) buat peringatan semua pihak khususnya kumpulan pelabur yang terlibat.
Senarai ini dijelaskan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Untuk makluman umum, FCA adalah panduan untuk tingkatkan kesedaran orang awam berhubung entiti atau skim yang seiring disalahertikan sebagai wakil sah yang diperakui BNM. Melalui senarai ini, ia akan membantu pengguna menyemak dan melaksanakan penilaian sewajarnya berhubung status pelaburan yang sedang dilaksanakan.
Berdasarkan notis itu, senarai ini untuk makluman tidak sekadar meliputi syarikat tetapi turut meliputi individu, produk pelaburan dan laman sesawang. Ini 13 senarai yang terlibat:
- Trader Pro Investment
- SQD Academy
- International Global Traders
Hap Seng Consolidate Berhad (entiti klon berpotensi) - JAZ Million Resources
- Sahabat Gold Machine Trade
- SJ Securities Sdn Bhd (entiti klon berpotensi)
MyGlobalTraders - Arab Investment Company Berhad (entiti klon berpotensi)
- M Advisory (entiti klon berpotensi)
- Areca Capital Sdn Bhd (entiti klon berpotensi)
- Skim Grand Capital Global
Skim Success Market Trading Malaysia Sdn Bhd
SY SUCCESS TRADING MALAYSIA (entiti klon berpotensi) - Adwise Capital Sdn Bhd (entiti klon berpotensi)
- Ace Investment Bank (entiti klon berpotensi)
- Fidelity Investment (entiti klon berpotensi)