Artikel

L’Oréal Rai 30 Tahun Operasi – Kini Miliki 6.7 Juta Pengguna Di Malaysia

Sejak penubuhannya pada tahun 1995, L’Oréal Malaysia kini telah memaparkan kemajuan yang pesat pada pasaran negara selama 30 tahun dengan miliki 6.7 juta pengguna semasa dan menyokong sekitar 21,609 pekerjaan di seluruh Malaysia.

Prestasi ini menurut L’Oréal pada sidang 30 tahun ulang tahun di Malaysia, disokong hasil permintaan pengguna negara merentasi pelbagai produk di bawah naungan mereka meliputi 30 jenama dengan sokongan 47,508 gedung runcit, 1,300 salun, 2,399 farmasi, serta lapan platform e-dagang, serta sebuah pusat pengedaran strategik di Shah Alam, Selangor.

Lebih menarik kumpulan juga tidak sekadar tertumpu pada pengeluaran produk semata tetapi memiliki komitmen yang tinggi untuk mengembalikan semula nilai jenama kepada komuniti. Berdasarkan matlamat itu sekitar 1,600 individu telah meraih manfaat tersebut. Antara insiatif yang dilaksanakan meliputi penyediaan program latihan vokasional untuk wanita daripada kumpulan berpendapatan rendah melalui Beauty for a Better Life, sedia peruntukan dana buat saintis wanita dengan kerjasama UNESCO, latihan profesional salon dan bekerjasama dengan kumpulan majikan yang menggaji kumpulan rentan.

Usaha sedemikian secara langsung melengkapkan ketersediaan akses L’Oréal bersama setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Secara menyeluruh, industri kecantikkan di Malaysia dilihat memiliki potensi yang luas untuk dimanfaatkan bersama nilainya yang kini sekitar RM13.6 bilion.