Selangor kini mengumumkan perluasan inisiatif RM200 Baucar Buku Kita Selangor kepada pelajar Tingkatan 6 di seluruh negeri.
Penawaran permohonan baucar buku itu akan diperincikan pada akhir Oktober 2025 kelak. Dengan kemudahan itu, ia akan membantu kumpulan untuk menampung kos perolehan buku rujukan khususnya buat pelajar ke arah persediaan kemasukan universiti.
Setakat ini pentadbiran negeri masih menyemak jumlah pelajar yang menerima manfaat bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan akan diumumkan setelah kriteria kelayakan baucar dicapai secara bersama.
Melalui perluasan inisiatif itu ia tidak sekadar meringankan bebanan kos tetapi turut meningkatkan tabiat membaca dan menyokong sumber tambahan belia di negeri Selangor. Malahan langkah ini juga dapat membantu segmen peniaga negeri meraih manfaat dalam pasaran buku semasa.