Setelah memgambil alih jenama secara global dengan nilai lebih $5 bilion pada tahun 2018 bagi meningkatkan persaingan segmen kopi, Coca-Cola kini dilihat dalam pertimbangan untuk menjual Costa Coffee.
Perihal ini diketahui berikutan menurut laporan Reuters, penyedia minuman air berkarbonat dunia itu kini sedang laksana penilaian pelaburan bersama perbankan Lazard akan tindakan potensi jualan segmen kopi tersebut. Dan berdasarkan laporan, penilaian tersebut sekadar membawa kepada nilai jualan sekitar $2.52 bilion sahaja, iaitu hampir separuh daripada jumlah sebenar yang dibeli Coca-Cola.
Biarpun tiada pengesahan rasmi direkodkan, pendekatan ini secara langsung akan memberi kesan kepada operasi di 50 pasaran. Berdasarkan laporan, antara faktor yang mendorong kepada potensi jualan adalah kerana pelaburan bersama Costa Coffee tidak mencapai sasaran kumpulan. Cabaran ini turut dibebani dengan kesan persaingan yang sengit serta tekanan kos kopi.