Prestasi perkhidmatan Pos Malaysia dilihat terus berdepan penurunan, apabila kerugian bersih yang dicatatkan dalam tempoh 6 bulan pertama 2025 ini – adalah sekitar RM86.4 juta.
Keadaan ini menurut firma penyelidikan Kenanga Investment, perlihatkan hasil operasi jatuh 3% susulan permintaan khidmat pos semakin lemah, diikuti perkhidmatan logistik menurun 23%. Namun secara menyeluruh permintaan khidmat kargo dilihat masih positif apabila meraih peningkatan 3%.
Laporan turut menjelaskan prestasi jualan pos yang terus merudum, adalah kerana kesan saingan yang tinggi bersama pemain kurier lain pada arena e-dagang negara. Antara faktornya adalah pelarasan kadar penghantaran yang lebih rendah, menjadikan pesaing sebagai pilihan berbanding Pos Malaysia.
Berdasarkan perincian tinjauan, jumlah khidmat mel Pos Malaysia pada pasaran domestik telah jatuh sekitar 11%, sementara pasaran antarabangsa pula kekal stabil. Tetapi jumlah bungkusan telah memaparkan pertumbuhan 11% ini didorong penguasaan pasaran pada sektor perniagaan (B2B) dan sektor perniagaan-pelanggan (B2C).
Biarpun prestasi kekal diimbangi dengan beberapa pertumbuhan positif – firma penyelidikan menjangkakan Pos Malaysia akan terus berdepan kerugian dengan anggaran sehingga tahun 2026. Ini dapat dilihat berdasarkan jangkaan kerugiaan secara tahunan pada 2025 dengan sekitar RM162.7 juta dan 2026 pula dijangka rugi sekitar RM144.9 juta.
