Berdasarkan rekod jumlah jurutera yang berdaftar ketika ini, didapati negara masih kekurangan sejumlah 100,000 jurutera untuk mencapai nisbah ideal pada pasaran semasa iaitu seorang jurutera bagi setiap 100 rakyat Malaysia.
Data yang dikongsikan mengikut laporan, pada masa ini Malaysia miliki sekitar 200,000 jurutera yang berdaftar – yang sekaligus membawa kepada status kekurangan tenaga pada bidang kejuruteraan negara. Perihal ini tidak sekadar memperlahankan kemajuan industri tetapi turut memberi kesan kepada pemerkasaan program seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal, Vokasional (TVET).
Oleh itu selain merancakkan pelaksanaan pelbagai program TVET, pentadbiran negara perlu mengukuhkan penawaran dalam bidang kejuruteraan untuk pastikan peralihan bakat tempatan ke bidang lain tidak terus berlaku, yang sekaligus memberi kesan kepada pembangunan negara. Jelas Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, bersama komitmen itu, Malaysia berupaya mencapai nisbah ideal tenaga kerja kejuruteraan dalam tempoh terdekat.