Artikel

LHDN Perkenal Ciri e-Derma Pada Portal MyTax – Mudahkan Institusi, Organisasi Tuntut Pelepasan Cukai

Bertepatan dengan matlamat negara untuk pacu penerapan akses digital di pasaran semasa, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah melancarkan sistem perkhidmatan dalam talian baharu, e-Derma bagi memudahkan urusan permohonan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Pengenalan akses ini secara langsung membolehkan pembayar cukai menguruskan rekod derma mereka secara elektronik dan menuntut pelepasan cukai yang sewajarnya melalui perkhidmatan digital LHDN seperti e-Invois dan e-Filing. Ia merupakan sebahagian daripada ekosistem digital LHDN yang bertujuan untuk memudahkan urusan percukaian di pasaran Malaysia. Untuk makluman, sebelum ini tindakan tersebut perlu dilaksana secara manual.

Akses e-Derma ini dijelaskan boleh diakses oleh Institusi atau Organisasi (IO) menerusi portal MyTax mulai 20 Ogos 2025, iaitu bermula hari ini.

Maka untuk tindakan lanjut, semua pihak berkaitan boleh layari portal MyTax dan pergi ke bahagian Peranan Pengarah Syarikat atau Pentadbir Organisasi, dan klik pada Institusi atau Organisasi dan Perkhidmatan ezHasil. Menerusi kemasukan itu, semua pengguna terlibat akan memiliki akses untuk menyemak status permohonan pengecualian cukai mereka pada ciri e-Derma.