99 Speed Mart kini dilihat terus mengukuhkan prestasi operasinya apabila suku kedua 2025 memaparkan lonjakan 22.1% keuntungan bersih kepada RM153.21 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Dengan pengukuhan itu mengikut notis pasaran, aliran pendapatan kumpulan juga dilihat memaparkan peningkatan 11.9% kepada RM2.71 bilion. Prestasi ini menurut makluman kepada Bursa Malaysia, didorong hasil sokongan 248 cawangan baharu dengan 61 cawangan baharu dibuka pada suku kedua 2025 ini. Dengan pertambahan itu, ia tidak sekadar meningkatkan kapasiti perbelanjaan kalangan pengguna tetapi turut meluaskan jejak 99 Speed Mart pada pasaran Malaysia – yang kini memiliki sebanyak 2,894 cawangan.
Berlandaskan penambahan cawangan itu, 99 Speed Mart melihat status kemajuan ketika ini adalah selari dengan matlamat kumpulan yang menyasarkan miliki 3,000 cawangan baharu menjelang akhir 2025 kelak.
Selain itu 99 Speedmart turut melancarkan siri 4 item untuk RM10 di seluruh cawangan negara. Langkah itu dijelaskan sebagai tindak balas jangka panjang kumpulan dan usaha mereka meningkatkan aliran perbelanjaan bersama pengguna di pasaran semasa. Untuk ketahui aliran prestasi 99 Speedmart, jadual di bawah antara perinciannya:
