Hari ini kerajaan melalui sidang Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) memaklumkan akan laksana perbincangan berhubung kajian penerapan kecerdasan buatan (AI) dan produktiviti pekerja pada pasaran Malaysia. Perihal itu akan diteliti berlandaskan kajian United Nations University (Tokyo), McKinsey dan pengalaman JP Morgan.
Penelitian ini mengikut laporan bertujuan untuk menepis risiko “Al Productivity Paradox” merujuk kepada situasi pelaburan besar dalam Al dan digitalisasi yang tidak semestinya meningkatkan produktiviti pekerjaan. Mengikut kajian berkaitan, hanya 3% hingga 7% daripada peningkatan penggunaan Al didapati benar-benar memberi kesan kepada produktiviti atau pendapatan pekerja.
Semakan ini dimaklumkan akan bermula hari ini dan dijangka mengambil masa 2 minggu untuk dikemukakan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim kelak. Secara nenyeluruh arahan semakan ini bukan sekadar memastikan penggunaan AI selari dengan trend semasa, tetapi juga antara langkah strategik untuk negara pastikan pelaburan teknologi membawa pulangan yang mampan dan setimpal untuk pasaran hadapan kelak.