Memasuki tahun keempat, dalam meninjau penerapan kecerdasan buatan (AI) kalangan pengguna internet di Malaysia, Telenor Asia di bawah laporan Digital Lives Decoded 2025: Building Trust in Malaysia’s AI Future yang dikeluarkan hari ini, dapati tahap keyakinan penggunaan AI dilihat semakin membrangsangkan – antaranya sekitar 51% daripada pengguna internet Malaysia kini menggunakan AI di tempat kerja, meningkat daripada 37% pada tahun 2024.
Perkongsian kajian pada sesi meja bulat bersama Rnggt hari ini memperincikan antara penggunaan AI yang kerap digunakan di tempat kerja adalah sokongan kepada analitik (59%), pembangunan kandungan (52%), dan perkhidmatan pelanggan (45%). Selain itu, AI dilihat sebagai alat penyelesaian masalah (56%), penyelidikan (47%) dan kreativiti (45%).

Tindakan ini dilihat tidak sekadar meningkatkan produktiviti pekerja tetapi turut membantu dalam penjimatan masa dan meluaskan jaringan idea. Namun, walaupun AI menyediakan kemudahan sedemikian hanya 33% pengguna AI di tempat kerja menjelaskan bahawa syarikat mereka mempunyai strategi AI yang jelas, manakala 18% lagi tidak miliki sebarang perancangan berhubung hala tuju penerapan AI pada operasi syarikat.
Perihal ini secara langsung memperlihatkan langkah manfaat AI masih ditahap individual tidak pada skala perniagaan. Biarpun pengguna internet Malaysia akui tindakan mengikuti perkembangan AI adalah peranan peribadi namun 4 daripada 10 pengguna kekal berharap pengetahuan ini disokong oleh majikan, institusi pendidikan dan kerajaan, dalam meraih kemahiran digital yang lebih baik.
Selain penggunaan AI di tempat kerja, pengguna internet di Malaysia turut memaparkan peningkatan pada penggunaan AI di media sosial (48%), penbelian atas talian (35%), hiburan (35%), kewangan (33%), perjalanan (30%) dan kesihatan (29%).
