Bagi memiliki tahap penguatkuasaan yang lebih baik dan perlindungan yang lebih efektif – kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini dalam pertimbangan untuk mengubal satu undang-undang baharu secara khususnya mengawal selia medium e-dagang di Malaysia.
Cadangan itu secara asasnya tidak sekadar membantu pengguna negara bahkan memberi jaminan hak yang lebih baik kepada kumpulan peniaga kecil pada ekosistem digital semasa. Ini kerana penambahbaikan dasar harus dilaksanakan bagi memastikan pertumbuhan ekosistem digital selari dengan pemerkasaan dasar ekonomi negara.
Makluman ini telah dikongsikan KPDN setelah pelaksanaan libat urus semakan semula perundangan e-dagang dijalankan pada minggu lalu, di mana pihak kementerian akan mengemukakan usul tersebut dalam masa terdekat.