Artikel

Terengganu Bangunkan Portal Jodoh Darul Iman – Antaranya Mahu Stabilkan Isu Sosioekonomi

Terengganu hari ini secara rasminya melancarkan portal Jodoh Darul Iman buat penduduk negeri yang terdiri daripada kalangan bujang, ibu bapa tunggal.

Selain bertujuan meningkatkan kadar perkahwinan kalangan rakyat negeri, laporan FMT turut menjelaskan pengenalan medium ini turut bertujuan meningkatkan kadar kelahiran di Terengganu. Perihal ini untuk mengimbangi semula kestabilan sosio ekonomi negeri.

Rentetan penurunan kadar perkahwinan dan kelahiran pada pasaran semasa dilihat secara jelas memberi kesan kepada struktur ekonomi di Malaysia pada masa hadapan. Maka melalui inisiatif ini ia secara langsung bertujuan menambahbaik semula aliran demografi dan kesan sosial di Terengganu.