Dengan ramalan pertumbuhan pasaran makanan dan minuman (F&B) Malaysia yang dijangka melonjak sekitar 8% setiap tahun dan mencapai nilai $69.4 bilion menjelang 2027, jelas sekali Malaysia tidak menunggu lama untuk terus mengorak langkah dalam industri ini.
Seiring dengan momentum positif ini, tumpuan kini beralih kepada acara berprestij seperti Malaysian International Food & Beverage (MIFB) 2025, yang bermula hari ini hingga 1 Ogos 2025. Difahamkan lebih 500 jenama tempatan bersama antarabangsa sertai pameran ini dengan perlihatkan penyertaan dari 50 buah negara.
Pameran ini untuk makluman tidak sekadar medium pemaparan produk semata, tetapi turut menjadi antara pemangkin utama bagi inovasi, perkongsian, dan peluang baharu yang bakal melonjakkan lagi industri F&B Malaysia ke peringkat global. Secara menyeluruh, MIBF 2025 menyasarkan sekitar 12,000 pengunjung dicapai pada tahun ini bersama peluang pelaburan yang lebih luas pada ekosistem makanan Malaysia.