Artikel

LHDN Berjaya Kutip RM82 Juta Cukai Tambahan – Hasil Semakan e-Invois

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini berjaya meraih RM82 juta cukai tambahan – susulan seramai 5,800 pembayar cukai dikenalpasti tidak patuh melaporkan pendapatan mereka bagi tahun taksiran sebelumnya melibatkan nilai sebanyak RM484 juta.

Data yang dikumpul berdasarkan semakan e-Invois ini sekaligus membantu LHDN menjejaki data transaksi perniagaan sama ada individu mahupun syarikat berkenaan status pematuhan percukaian mereka.

Sehingga 30 Julai ini, sejumlah 413 juta e-Invois telah dikeluarkan secara menyeluruh pada pasaran Malaysia. Jumlah ini mewakili penyertaan lebih 83,000 pembayar cukai di Malaysia yang bukan sahaja kalangan pembayar cukai fasa pertama sehingga fasa ketiga tetapi turut disertai kumpulan pembayar cukai fasa keempat dan kelima secara sukarela.

Dengan sokongan ini, LHDN menyasarkan peningkatan kutipan cukai berupaya dicapai oleh negara secara berkala – hasil lonjakan pematuhan.