Artikel

Etiqa Perkenal Dynamic Horizon, Takaful Pelaburan Syariah – Buat Pelanggan Maybank

Hasil permintaan yang membrangsangkan kalangan pengguna Maybank – Etiqa cabang insurans perbankan kini perkenalkan Dynamic Horizon iaitu pelan takaful berasaskan pelaburan patuh Syariah pertama di pasaran semasa. 

Untuk makluman, pelan ini telahpun dilancarkan sejak 7 Jun lalu dan dilihat meraih permintaan berganda khususnya kalangan pelanggan Pengurusan Kekayaan Maybank Islamic bagi menyelaraskan perancangan kewangan mereka untuk tindakan pewarisan pada generasi seterusnya.

Dengan pengenalan rasmi ini, Etiqa menjangkakan jualan lebihi RM30 juta direkodkan dalam tempoh 12 bulan pertama pada penawaran pelan tersebut.

Secara ringkasnya pelan ini memberi penawaran perlindungan kepada pengguna meliputi manfaat hibah, penukaran dana fleksibel serta perlindungan sehingga 125% daripada jumlah sumbangan tunggal iaitu amaun yang dilaburkan pengguna.