Artikel

Malaysia Duduki Tempat Ke-11, Pada Senarai Pasport Dunia 2025

Malaysia kini menambahbaik kedudukan pada senarai pasport global, dengan meraih tempat ke-11 pada pertengahan 2025, berbanding kedudukan ke-12 pada awal tahun ini di bawah senarai Henley Passport Index 2025.

Prestasi ini secara langsung telah memperlihatkan pengukuhan pasport negara bertambah sejak tahun 2018. Berdasarkan penilaian laporan, pasport Malaysia menawarkan akses tanpa visa ke 181 buah negara dengan keperluan visa 45 buah negara di seluruh dunia.

Pada taburan Asia Tenggara pula Malaysia terus duduki tempat ke-2 selepas Singapura (1) yang kekal tampil selaku negara yang miliki pasport paling berkuasa, tidak hanya di rantau Asia Tenggara bahkan dunia.

Secara menyeluruh selain Malaysia dan Singapura, data menunjukkan Brunei (19), Thailand (62), Indonesia (66), Filipina (72) dan Vietnam (84).