Setelah berentap bersama 7 lagi pemula tempatan selama 6 bulan, Finory.tech kini muncul selaku pemenang utama TeXnovasi iaitu program pemecut pertama GXBank, Grab Malaysia bersama sokongan Cradle Fund dan 1337 Ventures.
Selaku pemenang edisi pertama program ini, Finory.tech mengetengahkan sokongan perisian yang dibangunkan secara dalaman tertakluk kepada keperluan pelanggan mereka. Di mana peranan ini dilihat akan membantu tindakan mengestrak, mengkategorikan dan menganalisis data yang mempunyai format yang tidak standard.
Sementara kedudukan kedua pula diungguli Swipey yang bertindak menawarkan medium teknologi CFO yang menyatukan operasi kewangan dan perbankan untuk pemain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Manakala Cashku pula duduki tempat ke-3, yang menyediakan sistem perancangan kewangan digital untuk membantu pengguna libatkan penawaran nasihat, pengurusan dan pelaburan kewangan.
Hasil keputusan itu, langkah selanjutnya kumpuan ini akan bekerjasama dengan GXBank untuk membangunkan rangka pembuktian konsep (POC) bagi meneroka keupayaan penyelesaian mereka pada peringkat pengkomersialan dan berpotensi diintegrasikan pada penawaran ciri GXBank di masa hadapan.