Setelah melaksanakan pesntrukturan tarif elektrik, fokus kerajaan Malaysia kini tertumpu pada pelarasan subsidi sasar RON95. Dimaklumkan pelaksanaan tersebut akan diperincikan pada akhir September 2025 ini.
Jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang khas sebentar tadi – pelaksanaan itu dijangka akan memberi kelegaan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Di mana kerajaan menyasarkan untuk melaraskan harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.
Usaha ini dijangka akan memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kenderaan dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja rencam. Tamabahan ia berupaya menamatkan tindakan pembaziran subsidi yang ditanggung negara melibatkan jumlah hampir RM20 bilion setahun.