Bagi memastikan rakyat tidak terkesan akan sebarang impak negatif berhubung pelaksanaan subsidi RON95 tidak lama lagi – kerajaan kini memaklumkan akan menganjak pelaksanaan subsidi RON95 bersasar itu berbanding garis masa yang ditetapkan pada separuh kedua 2025 ini.
Peralihan masa pelaksanaan itu jelas Fahmi Fadzil selaku jurucakap kerajaan Malaysia pada sidang Parlimen hari ini, adalah bertujuan untuk meneliti lebih terperinci akan pendekatan dasar yang digunakan. Tindakan ini bagi mengelakkan berlakunya isu ketirisan.
Biarpun garis masa pelaksanaan subsidi bersasar RON95 ini tidak lagi mengikuti tempoh yag dijadualkan namun dijangka pelaksanaan itu kekal direalisasikan pada tahun ini. Secara menyeluruh dianggarkan 85% rakyat Malaysia akan meraih manfaat tersebut kelak.