Artikel

2.8 Juta Rakyat Malaysia Kini Telah Mendaftar, Miliki MyDigital ID

Rekod suku kedua bagi tempoh April 2025 sehingga Jun 2025, menunjukkan seramai 2.8 juta rakyat Malaysia kini telah mula mendaftar dan memiliki MyDigital ID. 

Perkongsian itu menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Zaliha pada sidang pagi Parlimen hari ini menunjukkan penyertaan rakyat negara akan kemudahan identiti digital tersebut dilihat semakin membrangsangkan. Peningkatan ini lebih tinggi berbanding 1.8 juta penduduk yang mendaftar pada suku pertama lalu.

Dengan kemajuan tersebut ini akan membantu Malaysia mencapai matlamat untuk meraih 15 jua rakyat Malaysia mendaftar pada tahun ini.

Buat pengetahuan umum – melalui MyDigital ID rakyat negara boleh meraih akses secara terus bersama 35 sistem aplikasi kerajaan yang diintegrasi bersama MyDigital ID, diikuti 17 sistem sedang dalam pelaksanaan dan 21 sistem dalam perbincangan awal. Di samping 7 sistem bukan aplikasi kerajaan telahpun berjaya diintegrasi diikuti 2 lagi sistem sedang dilaksanakan. Menjadikan jumlah sistem integrasi adalah 82 sistem, ini adalah peningkatan dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Selanjutnya lebih menarik keterangkuman MyDigital ID akan dilaksanakan bersama aplikasi kewangan dan perbankan. Setakat ini 6 buah bank telah selesai menjalani fasa ujian sandbox dan kini dalam pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

Tidak hanya itu bersama SKMM, mulai akhir suku ketiga ini pelaksanaan pengesahan identiti pemilik kad sim prabayar menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan. Tindakan itu akan dimaklumkan kelak oleh pihak terlibat.

Ini antara sistem yang boleh dicapai rakyat negara bersama MyDigital ID:

  • MyGov Portal – Jabatan Digital Negara
  • MySejahtera – KKM
  • MyHRMIS Mobile – JPA
  • MyJPJ – Jabatan Pengangkutan Awam
  • PADU – Kementerian Ekonomi
  • MyQBank – Kementerian Pendidikan
  • MyResult – Kementerian Pendidikan
  • Semakan No TIN – LHDN
  • MyInfra – KKR
  • MyBayar – PDRM
  • MyTax – LHDN
  • MyTNB