Artikel

Prestasi Ekonomi Malaysia Dijangka Naik, Anggaran Awal KDNK Sekitar 4.5% – DOSM

Suku kedua tahun ini dijangka akan perlihatkan peningkatan prestasi pada ekonomi Malaysia – dengan anggaran awal berkembang 4.5% berbanding 4.4% pada tahun lalu.

Jangkaan ini menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong hasil aktiviti ekonomi positif daripada sektor Perkhidmatan dan Pembuatan. Sementara sektor Pembinaan dan Pertanian pula memaparkan pertumbuhan yang lebih pada tempoh tersebut.

Namun sektor Perlombongan dan Pengkuarian dilihat kekal berdepan penyusutan, keadaan ini dipengaruhi kesan pengeluaran yang lebih rendah pada subsektor Gas Asli, Minyak Mentah dan Kondensat pada tempoh tersebut.

Maka berdasarkan anggaran suku kedua itu, secara menyeluruh ekonomi Malaysia dilihat bertumbuh 4.4% pada separuh pertama 2025. Rekod ini secara jelas memaparkan sedikit penurunan berbanding 5% pada tempoh yang sama tahun lalu. Namun kedudukan itu, kekal menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia kukuh depani tekanan ekonomi global ketika ini.