Squid Game musim ketiga kini dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada Netflix dalam mengukuhkan prestasi penstriman mereka untuk suku kedua 2025 dengan lonjakan 16% kepada $11.08 bilion.
Hasil tayangan sejak akhir Jun lalu dilihat telah berjaya mencatatkan lebih 122 juta tontonan direkodkan Netflix. Data itu sekaligus menjadikan ia siri Neflix bukan berbahasa Inggeris yang paling popular pada medium tersebut.
Kesan lonjakan itu, Netflix kini telah menaikkan unjuran pendapatan operasi pada 2025 sehingga $45.2 bilion berbanding sebelumnya sekitar $44.5 bilion. Tidak hanya itu untuk suku ketiga, Netlix menjangkakan pendapatan kumpulan berupaya mencapai $11.5 bilion bersama keuntungan $3 bilion.
Prestasi ini turut disokong akan pemaparan beberapa musim baharu siri lain yang akan ditayangkan dalam tempoh terdekat antaranya Wednesday dan Stranger Things.