Artikel

Carro, Carsome Antara Yang Dilantik Sedia Khidmat Pemeriksaan Tukar Hak Milik Kenderaan – MOT

Selaras dengan matlamat meningkatkan kecekapan operasi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di Malaysia dan mengatasi isu kesesakan di PUSPAKOM – Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini melantik 4 syarikat baharu khusus untuk pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian (MV15).

Syarikat yang menerima lantikan ini antaranya adalah Carro Technology dan Carsome Academy. Di mana MOT menjelaskan lesen operasi akan diberi setelah segala syarat kriteria dipenuhi dalam tempoh 12 bulan. Selain Carro dan Carsome, dua syarikat lain yang turut menerima tawaran lantikan itu adalah Wawasan Bintang dan Beriman Gold.

Adanya perluasan hab pemeriksaan pengkhususan tukar hak milik kenderaan ini dijangka akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kenderaan negara dan memupuk persaingan yang lebih sihat pada permintaan pengguna jalan raya.