Artikel

Malaysia Kini Wajibkan Permit Perdagangan – Pada Aktiviti Eksport, Transit Cip AI Berprestasi Tinggi AS

Bermula hari ini (14 Julai) semua eksport, penghantaran semula dan transit cip kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS) kini dimaklumkan perlu miliki Permit Perdagangan Strategik (STP) di pasaran Malaysia. 

Keperluan ini adalah penting selari peruntukan Kawalan Serba Guna di bawah Akta Perdagangan Strategik (STA) sebagai komitmen Malaysia untuk selaraskan kawalan eksport global dan mencegah negara dari menjadi laluan penyaluran teknologi yang sensitif ke pihak ketiga yang mungkin dikenakan sekatan atau digunakan untuk tujuan yang tidak sah. 

Sebelum ini untuk makluman Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan tidak semua eksport, penghantaran semula atau transit cip AI berprestasi tinggi dari AS memerlukan STP secara spesifik di Malaysia – melainkan jika cip tersebut sudah disenaraikan secara eksplisit dalam Senarai Barangan Strategik yang dikawal di bawah STA. Keperluan ini adalah merujuk kepada syarikat atau pihak di Malaysia yan terlibat dengan aktiviti tersebut. Ia bukanlah peraturan yang dikenakan oleh Malaysia ke atas AS atau sebaliknya.