Kesan perubahan landskap kepenggunaan penduduk semasa – Malaysia dijangka akan memuktamadkan Dasar Pengguna Negara 2.0 pada akhir tahun ini. Langkah semakan itu bertujuan meluaskan hak pengguna Malaysia setelah dasar tersebut diperkenalkan sejak 23 tahun lalu, dasar baharu ini akan berlandaskan pada perubahan era ekonomi semasa yang tertumpu kepada pendigitalan dan tekanan kos semasa.
Perubahan ini akan menimbal keperluan untuk membantu pengguna menangani isu ekonomi yang lebih berat. Antaranya mengukuhkan perundangan, perlindungan transaksi secara atas talian dan e-dagang, serta tingkatkan kesedaran berhubung pendidikan kewangan di pasaran semasa.
Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), penambahbaikan dasar ini dijangka akan dilaksanakan bermula 2026 sehingga 2030 kelak bersama beberapa inisiatif baharu antaranya SKiP – Skuad Kita Pengguna, yang menjadi penggerak untuk mendidik pengguna ketahui hak mereka pada era ekonomi semasa.
Dengan keseinambungan hak pengguna ini, tidak sekadar cabaran ekonomi semasa bahkan Malaysia juga menyasarkan penambahbaikan dasar itu turut dapat penuhi hak pengguna meliputi perubahan sosial serta kesan teknologi semasa – supaya persekitaran ini dapat melahirkan pengguna yang lebih cekap bersama pasaran yang lebih adil.