Artikel

Populasi Malaysia Dijangka Capai 42.38 Juta Orang – Menjelang 2059

Menjelang tahun 2059, negara Malaysia dijangka akan memiliki penduduk seramai 42.38 juta orang. Anggaran di bawah Unjuran Penduduk 2030 sehingga 2060 ini bagaimanapun disasarkan akan alami penurunan secara berkala pada tahun berikutnya iaitu 2060.

Data anggaran itu menurut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merupakan jumlah penduduk yang paling kemuncak buat Malaysia, sebelum perlahan-lahan menurun kepada 42.37 juta orang (2060), ke 42.08 juta orang (2065) dan ke 41.43 juta orang (2070).

Berdasarkan penurunan jumlah penduduk Malaysia ini, antara kumpulan umur yang akan berkurangan pada tempoh selepas tahun 2060 adalah kumpulan berusia 15 tahun sehingga 64 tahun – yang diramal menurun kepada 65.7%. Sementara warga tua pula meningkat kepada 18.3% pada tempoh yang sama.

Dengan pemaparan data ini, ia bertujuan memberi gambaran pasaran hadapan akan statistik struktur penduduk Malaysia dalam tempoh 40 tahun mendatang dengan tahun 2020 menjadi tahun asas kutipan data.