Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini dilaraskan pada paras 2.75%. Kadar ini sekaligus menamatkan penetapan paras 3.0% yang sama sebagaimana diumumkan sejak Mei 2023 lalu.
Hasil kesepakatan di bawah semakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia ini, kadar tersebut didasari akan pelbagai faktor khususnya prestasi ekonomi di peringkat domestik dan antarabangsa. BNM akui biarpun penelitian ini dibebankan akan krisis perdagangan semasa seperti pengenaan tarif dan isu pembekalan, namun Malaysia kekal berdaya saing dalam mengimbangi cabaran tersebut.
Setakat ini Malaysia memaparkan pengukuhan pada aliran eksport dan perbelanjaan dalam negeri disusuli kadar inflasi yang lebih rendah di paras 1.2% turut menyokong kapasti perbelanjaan pada arena ekonomi negara dan kadar pengangguran yang terus menurun. Kitaran ini sekaligus membantu negara mengatasi tekanan krisis ekonomi global secara berkala.