Artikel

Malaysia, Indonesia Setuju Buka Lebih 10 Pintu Sempadan Baharu

Rentetan cadangan perpindahan ibu negara baharu Indonesia ke Kalimantan Timur (Nusantara), kini Malaysia bersama Indonesia miliki persetujuan untuk membuka lebih 10 pintu masuk baharu di sempadan Kalimantan, Sabah dan Sarawak di masa hadapan.

Berlandaskan kesepakatan itu menurut laporan Bernama, Malaysia kini telah menyatakan komitmen negara untuk peruntukan RM1 bilion bagi persediaan pembukaan pintu sempadan yang telah dikenalpasti meliputi pembinaan infrastruktur dan pencawang komunikasi.

Namun pelaksanaan itu hanya akan bermula setelah perjanjian persefahaman Lintas Batas (BTA) dimuktamadkan kedua negara menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN). Di mana menerusi kesepakatan rasmi itu ia sekaligus akan menetapkan pelarasan akses kawasan dan pelarasan perundangan bagi memastikan keselamatan sempadan kekal dipelihara.

Sekiranya pembukaan pintu sempadan ini direalisasikan maka ia menjadi antara langkah trategik kedua negara dalam meneroka lebih banyak peluang ekonomi disusuli pembangunan perdagangan yang lebih luas.