Artikel

ASNB Maklum Khidmat Portal, Aplikasi myASNB Kini Alami Gangguan Seketika

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memaklumkan penggunaan khidmat portal dan aplikasi myASNB kini berdepan gangguan sistem berikutan jumlah trafik pengguna yang tinggi.

Situasi ini secara langsung memberi kesukaran kepada sebahagian pengguna untuk memasuki perkhidmatan tersebut dan menjejaskan urusan transaksi pada ketika ini.

Berikutan itu gangguan trafik perkhidmatan, ASNB menasihati pengguna yang terlibat untuk melaksanakan langkah alternatif. Ini merangkumi tindakan melaksanakan transaksi di cawangan fizikal, berhubung bersama ejen ASNB atau melalui platform perbankan internet bersama ejen ASNB.

Tindakan ini secara langsung akan membantu pengguna khususnya buat kumpulan yang perlu menjelaskan transaksi pada masa ini. Sebarang kesulitan semua pihak boleh merujuk kepada portal utama ASNB untuk tindakan lanjut.