Artikel

Khidmat Bas Elektrik Di Kelantan – Akan Beroperasi Ogos Ini

Kelantan tidak lama lagi akan menyediakan khidmat bas elektrik pada operasi di pasaran negeri tersebut. Bas elektrik yang dikenali sebagai Bas.My Kota Bharu ini dimaklumkan akan mula operasi sepenuhnya pada Ogos 2025.

Perkhidmatan bas elektrik di bawah pengendalian Konsortium E-Mutiara ini akan tersedia pada laluan pertama melibatkan Kota Bharu-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra-Sabak, Kota Bharu-Panchor-Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Pengkalan Chepa dan Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan.

Berdasarkan makluman sebelum ini, sekitar 8 buah bas elektrik akan tersedia pada perkhidmatan tersebut dan jumlah unit ini membawa kepada nilai RM11.2 juta. Jelas E-Mutiara seharusnya pelaksanaan ini direalisasikan pada bulan ini (Julai) namun berikutan isu teknikal, pihak operasi menyasarkan pelaksanaan penuh dapat dijalankan pada Ogos kelak.