Bermula Oktober ini, pelaksanaan Dasar Speed Selangor (Speed – strategik, pantau, efektif, efisyen, digitalisasi) akan dilaksanakan oleh pentadbiran negeri, yang mana bertujuan mempercepatkan proses kelulusan perniagaan dan segmen pelaburan. Pelaksanaan dasar ini dijelaskan akan melibatkan sehingga 7 jenis kelulusan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Selain memudahkan proses kelulusan, dasar ini dilihat dapat meningkatkan kemudahan kepada pemain industri untuk menjalankan perniagaan di Selangor dan mengurangkan tekanan birokrasi dalam urusan kerja.
Tidak hanya itu, dasar ini turut berperanan menyatukan dan merangkumkan pelbagai inisiatif yang sebelum ini dimaklumkan dilaksanakan oleh PBT secara berasingan. Secara menyeluruh dasarĀ ini akan dilancarkan sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 kelak.
Selangor melihat dengan potensi dasar ini ia dijangka akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam di samping merangsang pertumbuhan ekonomi negeri melalui proses kelulusan yang lebih baik kelak.