Bertepatan dengan agenda negara untuk memastikan pekerja menerima pendapatan yang lebihi paras gaji sara hidup – Maybank memaklumkan kini semua pekerjanya di Malaysia meraih gaji bermula RM3,100 sebulan, iaitu memenuhi keperluan yang ditinjau berdasarkan Panduan Belanjawanku oleh KWSP.
Bersama komitmen tersebut, Maybank melihat usaha ini dapat memacu produktiviti pekerja di samping meraih akses kewangan yang setimpal berdasarkan kenaikan kos sara hidup di pasaran semasa.
Selain penawaran pendapatan yang stabil – Maybank kini dalam usaha meningkatkan prestasi persekitaran pekerjaan yang positif buat kumpulan pekerjanya. Dengan persekitaran yang lebih selamat bersama pakej faedah yang baik buat pekerjnya – tindakan ini dijangka tidak sekadar memacu produktiviti tetapi turut meningkatkan motivasi pekerja di masa hadapan.
Pakej faedah yang dijelaskan merangkumi penawaran pelbagai perlindungan tidak sekadar bahagian kesihatan bahkan kemudahan cuti bagi penjagaan, dan akses pekerja yang telah berkeluarga.