Artikel

MHIT: Tempoh Aktifkan Semula Polisi Perlindungan Kini Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos

Bagi memastikan pemegang polisi, sijil insurans dan takaful miliki lebih banyak ruang dalam mengaktifkan semula polisi perlindungan perubatan dan kesihatan (MHIT) mereka – kini dimaklumkan tarikh akhir pengaktifan semula polisi MHIT dilanjutkan kepada 31 Ogos 2025. 

Keputusan secara bersama melibatkan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bertujuan memudahkan kumpulan pengguna terlibat meneliti kembali polisi yang dipilih dan menyemak akan perubahan harga yang berlaku.

Di bawah lanjutan ini, kumpulan pengguna dikecualikan daripada tuntutan pemeriksaan perubatan baharu dan tiada keperluan deklarasi kesihatan tambahan. Menerusi makluman itu, secara jelas para pemegang  polisi dan sijil kini miliki lebih banyak untuk tindakan pengaktifan semula polisi perlindungan mereka.

Dengan pengaktifan semula polisi MHIT ini, ia dilihat mampu membantu kumpulan pengguna meringankan bebanan kos dalam menampung kos perubatan dan kesihatan seperti mendapatkan rawatan susulan, tahanan hospital, pembedahan serta kos rawatan tambahan yang lain di peringkat swasta.