Artikel

Grab EV Kini Dilancarkan Pada Pasaran Malaysia – Khas Untuk Khidmat Pengangkutan Dari KLIA

Grab Malaysia hari ini secara rasmiya telah melancarkan fleet kenderaan elektrik pertama di pasaran negara iaitu Grab EV yang dikhaskan untuk pengangkutan lapangan terbang di KLIA. Usaha ini dilihat selaras dengan matlamat Malaysia untuk menggalakkan penggunaan EV di samping mengurangkan jejak karbon pada perkhidmatan pengangkutan semasa.

Akses ini jelas Grab Malaysia untuk peringkat awal akan melibatkan kerjasama antara BYD Sime Motors, Yinson GreenTech dan Power-Up Tech (P.UP). Pada kerjasama itu, akses ini membolehkan kumpulan penumpang yang tiba di KLIA untuk nikmati pengalaman perjalana bersama EV BYD M6 iaitu sebuah MPV elektrik yang miliki 7 tempat duduk.

Berdasarkan tinjauan Rnggt pada aplikasi didapati penawaran Grab EV ini hanya tersedia untuk lokasi di KLIA semata, ini bermakna ciri tersebut tidak tersedia untuk perjalanan ke KLIA. Hanya tersedia apabila pengguna berada di KLIA sahaja. Manakala pada tawaran kos pula dilihat, pengguna Grab EV akan berdepan caj sekitar RM130 ke atas. Dijangka caj ini berpotensi lebih tinggi tertakluk lokasi dan kawasan tol yang dilalui kumpulan pengguna.