Syarikat peladangan kelak diwajibkan untuk melatih pelajar tempatan terlebih dahulu dalam bidang latihan dan pendidikan teknikal sebelum bertindak memohon pengambilan pekerja asing pada pasaran Malaysia.
Tuntutan ini menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi adalah bertujuan untuk memanfaatkan inisiatif TVET Perladangan dimana dapat memberi nilai tambah kepada sektor perladangan seperti arena sawit, getah, kayu dan perabot.
Gesaan ini secara langsung dapat memacu penyertaan bakat muda dalam sektor sedemikian. Ini kerana masih terdapat sebilangan besar pemain industri yang lebih utamakan tenaga asing berbanding bakat muda tempatan susulan kekurangan kemahiran. Dengan kriteria tersebut, langkah ini akan menggalakkan lebih ramai pemain industri menggandakan pelaburan kemahiran mereka bersama bakat tempatan.
Jelas kementerian lagi, pihak syarikat perlu mengemukakan bukti laporan akan penyertaan mereka memberi latihan kepada pelajar TVET dan menggaji lepasan SPM tempatan. Setelah itu permohonan pengambilan pekerja asing akan diluluskan. Usaha ini secara langsung memacu pembangunan belia tempatan di pasaran Malaysia.