Untuk mengatasi isu kehilangan haiwan ternakan – Terengganu kini dalam pertimbangan untuk wajibkan pemilik ternakan mendaftar dan memasangkan kod QR pada haiwan ternakan mereka. Perkara itu antara lain melibatkan sasaran mengubal Enakmen Kawalan Ternakan Ruminan yang akan melibatkan ternakan jenis lembu, kambing dan kerbau.
Adanya sistem ini ia tidak sekadar memudahkan proses pemantauan ternakan tetapi turut membantu melandaikan risiko kemalangan dan kemusnahan tanaman setempat berikutan isu berkeliaran kalangan haiwan ternakan ini kekal meningkat.
Cadangan di bawah enakmen ini juga memperincikan sekiranya haiwan ternakan yang ditemui tidak berdaftar atau tidak miliki sebarang tag kod QR maka pihak berkuasa boleh menyita dan melelong ternakan tersebut.
Selain Terengganu, penguatkuasaan kod QR ke atas haiwan ternakan ini telahpun dilaksanakan di Melaka dan hasil tindakan itu ia dilihat berupaya membantu kumpulan penternak mengawal serta menjejaki pergerakan ternakan mereka.