Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop sukai perkhidmatan dan semakan kadar cukai jualan (SST) yang berkuat kuasa 1 Julai ini – boleh dilaksanakan bermula 1 Ogos 2025 kelak.
Untuk pihak yang telah berdaftar dan ingin menambah perkhidmatan baharu di bawah perluasan skop SST ini – dimaklumkan boleh berbuat demikian mulai 24 Jun 2025 ini.
Seperti yang umum ketahui perluasan dan pelarasan kadar baharu SST akan dilaksanakan 1 Julai ini maka dengan itu segala kategori perniagaan yang terlibat perlulah mengambil langkah lanjut.
Antaranya melibatkan perluasan skop cukai perkhidmatan melibata 6 perkhidmatan baharu iaitu penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan perkhidmatan kecantikan.
Dengan perluasan itu dijangka usaha ini akan membantu Malaysia meluaskan perolehan hasil iaitu sekitar RM5 bilion pada tahun ini dan jangkaan RM10 bilion menjelang 2026 – hasil perluasan skop tersebut. Maka untuk tindakan lanjut, MOF turut melampirkan rujukan Talian War Room buat kemudahan pengguna bagi memahami pelaksanaan perluasan dan kadar semakan SST kelak, ini rujukannya:
