Artikel

Najib Razak Kini Lepas Tanpa Bebas – Libatkan Kes Pengubahan Wang Haram Dana SRC RM27 Juta

Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kini lepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 3 pertuduhannya melibatkan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik SRC International – berjumlah RM27 juta.

Keputusan Mahkamah Tinggi memaklumkan tindakan DNAA ini dibenarkan bermula hari ini. Berdasarkan situasi semasa, dijelaskan dakwaan pertuduhan ini telah dimulakan pada 2019 lagi – di mana diperincikan Najib menerima RM27 juta menerusi 3 akaun bank AmPrivate Banking miliknya pada 2014.

Pertuduhan ini untuk makluman dikemukakan di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Di mana jika disabit kesalahan individu akan berdepan hukuman penjara maksimum 5 tahun, denda sehingga RM5 juta atau keduanya sekali.

Lepas Tanpa Dibebaskan (DNAA) merujuk kepada status bukan pembebasan penuh. Ini bermakna status tersebut tidak membebaskan tertuduh sepenuhnya daripada jenayah yang dilakukan. Perihal ini bermakna pendakwaan boleh dibuka semula akan pertuduhan yang sama di masa hadapan. Dan perlu difahami status DNAA ini hanya diberikan setelah mendapat permohonan tertuduh, ini berikutan untuk laksana siasatan lanjut dan pengumpulan bukti.