Untuk memastikan penawaran kos khidmat kesihatan swasta tersedia pada harga mampu-milik, kerajaan kini mengumumkan penubuhan jawatankuasa bersama antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menyedari inflasi kos perubatan yang tinggi telah membantutkan perbelanjaan rakyat negara pada khidmat swasta perihal tersebut akan diteliti lanjut bagi memastikan akses tersebut kekal tersedia buat rakyat negara.
Ketika ini dimaklumkan satu mesyuarat mendalam telah dilaksanakan oleh KKM, MOF dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memahami isu kenaikan kos yang berlaku. Langkah tersebut tidak sekadar tertumpu kepada pelarasan kecil semata namun akan dilihat secara menyeluruh pasa sistem penjagaan kesihatan swasta dengan pilihan khidmat kesihatan mampu milik.
Adanya kebersamaan tersebut, usaha ini tidak sekadar membantu meningkatkan kesejahteraan penduduk Malaysia tetapi kesejahteraan ke atas petugas kesihatan awam dalam menampung kapasiti yang lebih tinggi.