Artikel

Malaysia Kini Melancarkan Hab Inovasi Aset Digital – Pacu Pembangunan Teknologi Kewangan

Beriringan dengan gagasan negara untuk meluaskan akses digital di pasaran serantau – Malaysia kini secara rasminya melancarkan Hab Inovasi Aset Digital pada sidang Bank Negara Malaysia (BNM) Sasana Symposium 2025.

Inisiatif ini bertujuan untuk merangsang inovasi kewangan dalam persekitaran yang terkawal dalam pasaran negara. Menerusi medium ini ia membuka ruang untuk perkongsian idea baharu, memberikan input untuk memperhalusi rangka kerja pengawalseliaan dan tambahbaik tahap sekuriti keselamatan aset.

Tidak hanya itu hab ini turut akan berfungsi sebagai pemangkin kemajuan, membolehkan inovator menguji kes penggunaan seperti pembayaran boleh atur cara, stablecoin bersandarkan ringgit dan pembiayaan rantaian bekalan, membuka kecekapan baharu merentasi sistem kewangan dan ekonomi yang lebih luas.

Langkah itu secara menyeluruh akan menyokong pembangunan aset digital dan aplikasi teknologi kewangan terkini di Malaysia.

Selain pengenalan hab itu, sidang SS2025 juga akan menyaksikan pelancaran Makmal Inovasi Kewangan Iklim (Climate Finance Innovation Lab, CFIL) oleh Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) bagi mengukuhkan risiko krisis perdagangan pada pasaran hadapan.