Artikel

Moomoo Malaysia Melancarkan Moomoo AI – Bantu Pelabur Analisis, Saring Data Pasaran Lebih Ringkas 

Moomoo Securities Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Moomoo AI – iaitu platform data pelaburan pertama yang dilengkapi sokongan AI kepada kumpulan pelabur. Menerusi pengenalan itu, ini menjadikan Moomoo Malaysia broker pertama yang menawarkan analisis AI, ketersediaan makluman 24 jam dalam satu platform pintar.

Adanya akses ini ia tidak sekadar memberi penjimatan masa tetapi turut membantu kumpulan pelabur menyaring dan mengurangkan beban makluman berlebihan pada data pasaran semasa. Sokongan ini membantu pelabur memahami persekitaran pasaran dengan lebih baik melalui perolehan analisis pelaburan yang lebih cekap dan ringkas.

Malah ia turut meningkatkan lagi peluang kepada kumpulan pelabur mengenalpasti pilihan strategi pelaburan, tempoh pelaburan yang bersesesuaian, perolehi makluman amaran berdasarkan ciri isyarat sentimen dan ciri pemantauan data di bawah Moomo0 AI.

Maka untuk memastikan semua kumpulan pelabur dapat merasai pengalaman kemudahan tersebut, Moomoo kini membuka tempoh percubaan ke atas sebilangan ciri yang terdapat di bawah Moomoo AI. Sebarang maklumat lanjut semua pihak boleh layari laman Moomoo Malaysia untuk langkah terseterusnya.