Lulu Group, rangkaian pasaraya di Malaysia kini dimaklumkan telah menutup operasi runcitnya di pasaran semasa. Namun segmen borong kekal tersedia.
Perihal ini menurut laporan TheEdge telah disahkan oleh wakil operasi Lulu Group di Malaysia. Di mana pihaknya telah melaksanakan penutupan cawangan secara berperingkat dan langkah strategik dengan tindakan promosi dan jualan pengosongan secara besar-besaran dilakukan sejak awal tahun ini.
Selain pengesahan itu, laman rasmi pasaraya untuk pasaran Malaysia kini tidak lagi dapat diakses oleh orang awam.
Buat pengetahuan umum, operasi Lulu telahpun menapak di Malaysia sejak tahun 2016 lagi. Kemasukan di pasaran negara ini dimaklumkan melibatkan pelaburan RM1.3 bilion dan sepanjang tempoh operasi Lulu Group telah miliki 6 cawangan runcit di Malaysia.