Umum ketahui, ketika ini terdapat pelbagai saluran kredit pembayaran ditawarkan kepada pengguna Malaysia – bagi memudahkan aliran transaksi dicapai bersama peniaga. Dan berdasarkan perkembangan itu, tidak lama lagi pengguna di Malaysia akan meraih akses baharu iaitu kad Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) bersama Atome.
Melalui akses bersama akses Visa, Atome memaklumkan dalam beberapa bulan lagi pihaknya akan laksana pelancaran rasmi berhubung kad BNPL bersama pengguna Malaysia selepas melancarkannya di Filipina pada Ogos 2022. Biarpun tidak memiliki garis masa yang tepat berhubung pelaksanaan tersebut, Atome menjangkakan tindakan itu akan dilaksana setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
Maka menanti ke arah keputusan kelulusan itu, Atome menjelaskan pengguna Malaysia boleh mula laksana permohonan perolehan kad Atome ini menerusi aplikasi mereka. Setelah permohonan dibuat, pengguna akan sertai senarai menunggu pada perolehan kad BNPL itu.
Berdasarkan perincian asas yang dimaklumkan pada laman Atome, kad BNPL ini tidak memudahkan aliran pembayaran di kedai fizikal tetapi turut memberi pembayaran tanpa faedah sehingga 40 hari kepada pengguna malah boleh memilih pelan ansuran secara patuh syariah sehingga 12 bulan.
Turut diperincikan kad Atome ini tidak memiliki sebarang yuran tahunan dan pengguna boleh menerima mata ganjaran Atome+ tanpa had untuk setiap transaksi yang direkodkan menggunakan Atome. Faedah ini sekaligus menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya!