Artikel

Mulai 27 Jun – Pengguna Kad Debit, Kad Kredit Hong Leong Bank Boleh Bayar Tol Secara Automatik

Bagi memudahkan perjalanan pengguna kenderaan, Hong Leong Bank kini memaklumkan bermula 27 Jun ini, pihaknya akan laksana pengaktifan automatik ke atas penggunaan kad debit dan kad kredit pengguna pada transaksi berkaitan tol – di plaza tol lebuh raya seluruh Malaysia.

Menerusi pengaktifan itu, pengguna kad debit dan kad kredit Hong Leong dibolehkan untuk membayar tambang tol dengan lancar, hanya menyentuhkan kad mereka pada laluan lorong pembayaran terbuka meliputi terminal pembayaran yang memiliki logo kad Visa, Mastercard atau MyDebit di pondok tol.

Biarpun pengaktifan secara automatik ini dilaksanakan, pengguna kad debit khususnya diingatkan untuk pastikan baki yang terdapat pada akaun anda adalah mencukupi sewaktu transaksi dilaksanakan. Ini kerana kegagalan memiliki baki yang mencukupi atau kad berkaitan telah tamat tempoh berpotensi menyebabkan kesulitan ketika sesi pelepasan kenderaan di plaza tol.