Setelah melaksanakan pendekatan awal ke atas kenderaan asing dari Singapura – kini bermula 1 Julai 2025, semua kenderaan asing dari Singapura wajib memiliki VEP ketika memasuki Malaysia.
Buat pengetahuan umum, VEP adalah peraturan Permit Kemasukan Kenderaan.

Menerusi penerapan sistem permit ini, ia sekaligus akan meningkatkan tahap pematuhan kemasukan kenderaan di negara. Khususnya pengawalan peraturan jalanraya di Malaysia.
Ini bermakna sekiranya kenderaan asing memasuki negara tanpa tag VEP maka ia boleh dianggap melakukan kesalahan selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Berdasarkan kesalahan itu, pengguna berkaitan boleh dikenakan kompaun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan mengikut Seksyen 119 (2) di bawah Akta 333. Malah , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa melarang mana-mana kenderaan asing yang tidak mempunyai VEP untuk masuk dan keluar dari negara ini.