Prestasi 3 bulan pertama segmen pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini menunjukkan penurunan 13% apabila pendapatan pelaburan tersebut mencatatkan RM18.31 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sekitar RM20.99 bilion.
Penurunan ini jelas KWSP disusuli kesan naik turun kadar pertukaran asing. Tambahan ketidakseimbangan pasaran global pada awal 2025 turut membawa penurunan kepada segmen pelaburan. Ini kerana ketidaktentuan itu turut meningkatkan krisis ekonomi dan ketidaktentuan pelaksanaan dasar.
Walaupun pengumuman tarif Amerika Syarikat diumumkan pada awal April namun tindakan itu telah memberi kesan keapada pasaran saham utama lebih awal lagi iaitu sepanjang suku pertama 2025.
Memahami cabaran ini KWSP kekal optimis menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan kekal melabur lebih 70% daripada peruntukan tahunan mereka pada pasaran domestik. Tidak sekadar itu pihaknya kekal meneroka peluang pelaburan di pasaran serantau dan antarabangsan untuk tingkatkan portfolio pertumbuhan pelaburan Malaysia.