MyEG Service bersama penyedia infrastruktur digital Singapura, Singapore Trade Data Exchange Services (SGTraDex) kini menjalin kerjasama bagi meluaskan akses digital perdagangan rentas sempadan kedua negara.
Pengukuhan ini untuk makluman tidak sekadar menjadi titik integrasi keperluan perdagangan antara Malaysia dan Singapura tetapi turut meningkatkan lagi potensi ekonomi digital kedua negara.
Menerusi kesepakatan ini, pelbagai aspek dapat diteroka bersama bagi membentuk pertukaran data perdagangan yang lebih cekap – yang sebelum ini berasaskan manual kepada sistem digital
Inisiatif ini turut meliputi usaha menyediakan penyampaian rekod elektronik rasmi dalam pasarans serantau sekaligus menguatkan rantaian bekalan di peringkat ASEAN. Selain langkah ini, kedua pihak turut memiliki matlamat meluaskan lagi akses digital yang lain. Antaranya laksana pengiktirafan secara bersama menerusi Identiti Digital (Digital ID), dokumen perdagangan elektronik serta kelayakan kawal selia merentasi sempadan pasaran di masa hadapan kelak.